Sunday 8 July 2018

4 JENIS GEMUK YANG PERLU KITA TAHU.

GEMUK IS AWESOME...
Sebuah ungkapan untuk "memguatkan" mereka yang mengalami masalah kegemukan ini.

Namun bagi pengalaman Ain sendiri yang pernah melalui zaman-zaman kegemukkan ini adalah fasa
yang agak sukar.
Ada yang kata mungkin Ain ni gemuk sebab keturunan dan susah la nak kurus ataupn kurang berat badan ataupun dapat bentuk badan macam shape tu la.

Kegemukkan ini akan membuatkan kita kurang keyakinan pada diri sendiri. Apalagi kita nak berdepan dengan orang ramai tambahan lagi pula di era "mak cik bawang"
sekarang ni.
Gemuk ni akan buat kita nampak berusia berbanding umur kita sekarang.
Ni pengalaman Ain tau....
Wahhhhh scary tauuu!!! bagi seorang perempuan.

Walaupun Ain dah berkahwin, Ain tetap akan menjaga badan sebab suami kita mungkin boleh terima kita seadanya. Tetapi bagaimana dengan suara-suara sumbang akan berbisik di telingnya bila kita berjalan bersama "ishhkk besarnya gemuknya badan isteri dia".
Tak kesian ke suami kita???

Gemuk ni terdapat 4 Jenis.
So, jom kita kenal dan tengok kita tergolong dalam kategori gemuk yang mana.

1) GEMUK AIR
*Apabila badan kita menyimpan kapasiti air yang tak diperlukan oleh tibuh.
*Ciri-cirinya ialah badan menggelambirdan lembik oleh kerana air berlebihan.
*Akan menjadi cepat letih dan mengah.
*Akan ada perbezaan timbang waktu pagi dan malam antara 1-2kg.
*Terasa berkocak dan lemak terasa bergerak semasa melompat.
*Gemuk jenis ini tak susah untuk turun.

2) GEMUK ANGIN
*Kategori ini lebih kurang sama seperti gemuk air.
*Ciri-cirinya bila badan lembik-lembik apabila dipicit.
*Akan selalu sendawa,kerap terasa sebu,mudah pening, loya dan kerap kentut.
(oppppss!! hati-hati tengok dulu kiri kanan anda)
*Gemuk jenis ini juga senang untuk turun.

3) GEMUK LEMAK
*Gemuk ini diumpamakan seperti kita memasukkan bancuhan tepung dengan sedikit air
kedalam belon dan ramas belon.
*Sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan epal.


4) GEMUK DAGING
*Gemuk jenis ini akan membuatkan badan anda terasa berat dan pejal.
*Ini disebabkan masaalah kegemukkan yang terlalu lama terjadi contohnyadari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab.
*Ia agak sukar diturunkan kerana lemak sudah bergumpal dengan daging.
Namun jangan risau, masih ada peluang buat anda tapi kena betul dengan caranya.


Jadi sekarang bagaimana, adakah anda sudah tahu anda tergolong dari gemuk yang mana?
Apabila kita sudah tahu dan pastinya kita perlu mencari jalan penyelesaiannya.
Dalam misi menurunkan berat badan dan mengurangkan inci pada badan kita, kita perlulah banyak bersabar dan kuat.
Perlulah konsisten dan bukan hangat-hangat tahi ayam sudah tu mengeluh kenapa aku buat tak menjadi tak turun tak kurus??

Ini semua bergantung pada diri kita.
Untuk ini kita perlukan usaha dan ikhtiar dengan cara yang betul.
Bantuan daripada supplement juga perlu.
Jangan pula kita tersalah ambil supplement.

Untuk bantuan dan seterusnya membakar semangat anda boleh la contact Ain.
Ain pernah melalui detik dan memahami apa yang anda perlu dan inginkan.
Tak perlu segan dan malu....


Ain Hassan
www.wasap.my/60124196424


No comments:

Post a Comment