Saturday 21 July 2018

Buat Penderita Patah Tulang

Patah tulang atau dalam istilah bidang perubatan Fraktur.Ia berlaku apabila sesuatu tulang mengalami keretakan atau kepatahan.Sesuatu tulang itu tidak dapat menahan beban atau tekanan dihadapinya.

JENIS-JENIS PATAH
  1. Patah jenis tertutup : Patah yang berlaku dimana tiada luka atau tulang yang patah itu tidak terdedah kepada udara.
  2. Patah jenis terbuka : Kepatahan jenis ini mempunyai luka dan terdedah kepada udara luar.
  3. Patah penuh : Ia berlaku dimana tulang itu patah kepada dua atau lebih serpihan.
  4. Patah tidak penuh : Keretakan yang berlaku kepada tulang tersebut.
  5. Patah stress : Jenis ini disebabkan oleh pergerakkan yang berulang dimana tulang itu tidak dapat menahan bebanan tersebut (seperti berlari dan kawad).Tulang akan mengalami keretakkan yang amat halus dan tidak dapat di lihat oleh sinar X (X-ray) pada peringkat awal.

PENYEBAB PATAH TULANG
  1. Jatuh dari tempat tinggi.
  2. Jatuh terhempas yang agak kuat.
  3. Kemalangan jalan raya.
  4. Penderaan kanak-kanak.
  5. Aktiviti berulang (berlari atau berkawad)
TANDA-TANDA PATAH TULANG
  1. Kebengkakan dan sakit pada anggota yang terlibat.
  2. Kehilangan fungsi anggota.
  3. Lebam padam kawasan cedera.
  4. Kecacatan pada anggota terlibat.
  5. Kebas.
  6. Kepatahan yang mempunyai luka dan tulang yang terdedah kepada udara.
KENAL PASTI 
  • Dengan mengambil sejarah penderita patah tulang dengan teliti dan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh.
  • Melakukan sinar X (X-ray).
  • Pemeriksaan radiologi tang khas seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI).
  • Ct scan dilakukan bagi mengenal pasti patah ditempat tertentu seperti tulang belakang atau sendi tulang pinggul.

RAWATAN 
Terdapat pelbagai kaedah rawatan untuk penderita patah tulang ini.Ia bergantung kepada jenis-jenis dan tempat tulang yang patah tersebut.

  1. Rawatan Awal immobilisasi : Dengan menggantung anggota yang patah dan seterusnya mengurangkan kesakitan dan pembekakan.
  2. Rawatan Konservatif : Dengan menarik tulang kepada posisi normal dan menggunakan simen untuk memegang patah tersebut.
  3. Rawatan Pembedahan : Ini melibatkan tulang yang tidak boleh diaambung dengan sempurna.Ia melibatkan sendi dan mempunyai luka pada tempat patah tersebut.
KOMPLIKASI RAWATAN KAEDAH PEMBEDAHAN.
Terdapat beberapa komplikasi jika kaedah pembedahan dijalankan.Seperti kecederaan pada urat saraf,jangkitan kuman atau komplikasi dari anethesia.

Juga terdapat beberapa komplikasi spesifik.Antaranya :
  1. Delay Union - Waktu untuk pulih akan mengambil masa yang agak lama.
  2. Non Union - Tulang yang patah  tidak dapat pulih mengikut aggaran waktu yang ditetapkan.
  3. Mal Union - Ia akan pulih namun begitu tidak akan kembali kepada posisi asal.
Pakar Ortopedik akan berbincang terlebih dahulu dengan pesakit tentang rawatan dan komplikasi keatas mereka.

FISIOTERAPI REHABILITASI
Ini adalah satu kaedah yang sangat penting dalam proses penyembuhan patah tulang.Ini bagi mengekalkan fungsi otot dan tulang yang terlibat semasa proses pemulihan.



MAKANAN YANG BAIK UNTUK PEMULIHAN
  1. Makanan yang tinggi kalsium : Kalsium adalah mineral utama dalam tulang.Contoh; rumpai laut,sayuran berdaun hijau,salmon dan produk tenusu seperti yogurt dalam diet harian.
  2. Makanan kaya vitamin K : Brokoli bayam dan sayuran lainyang tinggi vitamin K1.Produk tenusu mentah selerti keju dan fetir mengandungi vitamin K2 yang tinggi dan diperlukan untuk pembekuan darah dan pembentukan tulang.

  3. Protein tanpa lemak : Tanpa protein tubuh kita tidak boleh membina semula tisu yang hilang.Ikan atau daging lembu (yang diberi makan rumput) harus diambil sekurang-kurangnya 4-5oz.

  4. Vitamin C : Dalam penghasilan kolagen iaitu komponen penting kulit dan tisu vitamin C amatlah penting.Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya vitamin C seperti buahan sitrus,paprika,strawberi dan tomato.

  5. Zinc : Ia diperlukan bagi membina semula tulang kerana mempunyai reaksi kimianya tersendiri.
PANTANG DARI SEGI PERUBATAN HOSPITAL DAN KONVENSIOANAL
Seperti wanita berpantang selepas melahirkan anak,penderita patah tulang juga harus berpantang bagi mempercepatkan proses penyembuhan.Tetapi tidak la "sekeras" pantang untuk wanita bersalin.
  1. Tidak boleh berurut atau perbetulkantulang dengan bomoh patah kerana dikhuatiri akan menyebabkan keadaan semakin teruk.
  2. Jangan sesekali menyapu atau memakan supplement berunsur gamat.Gamat sememangnya akan mempercepatkan luka kering dan pertumbuhan tulang.Namun jika berlaku lebihan pertumbuhan akan menyebabkan kulit timbul.
  3. Antibiotik yang dibekalkan doktor haruslah dihabiskan.
  4. Jangan minum air kelapa.Logiknya air kelapa mampu tawarkan kesan ubatan yang diambil.
  5. Jangan makan telur,ayam dan makanan yang mungkin akan mengakibatkan gatal dan nanah.
SUPPLEMENT UNTUK PATAH TULANG
Dalam proses penyembuhan patah tulang,pesakit boleh lah mengambil supplement yang mana akan membantu dan mempercepatkan penyembuhan.
Dengan pengambilan Set Patah Tulang Shaklee,pesakit akan mendapat setiap sumber makanan yang diperlukantersebut. 

ESP ~ sumber protein tanpa lemak yang boleh membekalkan keperluan minima protein orang dewasa setiap hari.
OMEGA GUARD ~ Mengandungi asid lemak Omega -3 tulen yang berpekatan tinggi.
OSTEMATRIX ~ Mempunyai kalsium yang lengkap dengan magnesium vitamin D.Membekalkan 250gm kalsium/magnesium dan mineral lain dalam setiap 1 biji pil.





Untuk mendapatkan SET PATAH TULANG SHAKLEE  ini anda boleh lah hubungi saya segera.
Saya juga akan memberikan konsultasi yang terbaik bagi membantu anda kembali seperti sedia kala.

Call/sms : +60124196424
Whats app :www.wasap.my/60124196424
Facebook : Ain Hassan
Instagram : Ain Hassan

COD   : Kawasan sekitar Sg.Petani,Sg Lalang,Bedong,Gurun,Guar Chempedak dan Yan.
(Bagi kawasan Sg.Limau hingga Alor Setar boleh dipertimbangkan)

POS : Seluruh Malaysia (Pos Laju)



No comments:

Post a Comment