Tuesday 17 July 2018

Slipped Disc Penyebab Dan Kesan

APA ITU SLIPPED DISC?
  • Slipped Disc atau Disc tergelincir.
  • Ramai dikalangan kita mengatakan slipped disc berpunca daripada sakit belakang.
  • Sebenarnya slipped disc merujuk kepada bahagian belakang atau kusyen pelapik tulang belakang yang beralih tempat,membonjol ke belakang lantas menekan bahagian saraf tunjang (spinar cord) atau saraf akar (nerve root) tulang belakang pesakit.
  • Istilah dalam perubatan disebut sebagai Prolapsed Intervertebral Disc (PID) atau Herniated Nuclus Pulposus (HNP).
Mengikut statistik sakit belakang amat kerap berlaku hampir 70% manusia biasa akan mengalami sakit belakang pada satu-satu masa kehidupan mereka.
Lebih 50% daripada jumlah itu akan sembuh dalam masa seminggu selepas rawatan.
Manakala 90% lagi akan sembuh dalam jangka masa 1-3 bulan selepas rawatan dan hanya sebahagian daripada mereka  ini mengalami slipped disc.

BAGAIMANA SLIPPED DISC TERJADI?
  • Disc tulang belakang kita terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu Annalus Fibrosus Dan Nucleus Pulposus.
  • Ia berfungsi sebagai pelapik antara ruas tulang belakang (vetebral body).
  • Bertindak sebagai penyerap tekanan serta membenarkan pergerakkan berlaku antara tulang belakang kita.
  • Masalah berlaku apabila struktur Annulus Fibrosus terkoyak dan ini membolehkan Nucleus Pulposus menerobos keluar dan menekan struktur saraf.
Apakah Punca-Punca 
  1. Trauma ~ Pesakit jatuh terduduk atau pernah mengalami kemalangan jalan raya.
  2. Angkat bebanan yang berat ~ Contoh disebabkan pekerjaan atau mendukung anak dalam tempoh yang agak lama.
  3. Tidak menjaga postur belakang semasa duduk atau mengangkat barang.Posisi membongkok akan menyebabkan disc menekan saraf di belakang.
  4. Duduk Yang Terlalu Lama~ Contoh pemandu lori atau bas yang duduk berjam-jam kerana memandu untuk jarak yang agak jauh.
  5. Sukan mengangkat berat.
Majoriti dikalangan pemuda dalam usia lingkungan 20-30an terutamanya yang bekerja sebagai buruh kasar atau selalau angkat bebanan.
Mengikut kajian,individu yang obes dan perokok juga lebih mudah bagi mendapat masalah ini.

TANDA-TANDA 
  1. Rasa sakit belakang yang menjalar ke bahagian belakang punggung,peha dan kadangkala betis.
  2. Bagi kes yang teruk,pesakit akan kehilangan kekuatan pada otot kaki dan mengalami rasa kebas pada sebelah atau kedua-dua kaki.
  3. Pada peringkat serius,pesakit tidak dapat mengawal kencing dan tercirit.Ini disebabkan tekanan pada saraf dan perlu menjalani pembedahan.
PROLAPSED DISC
Disc Protrusion iaitu disc menonjol keluar tetapi belum terkoyak.

Disc Extrusion pula Annulus disc terkoyak,bahagian nukleus terkeluar tetapi masih tidak masuk ke ruang saraf tunjang (spinal conal) kerana dihalang oleh Posterior Longitudinal Ligament.

Disc Sequestration merujuk kepada tisu nukleus pulposus pecah dan masuk kedalam ruang saraf tunjang.

Simptom dan keadaan pesakit bergantung kepada peringkat PID berlaku.
  • Bagi pesakit Disc Protrusion hanya mengalami sakit belakang yang kadang kala menjalar ke kaki.
  • Jika ia melibatkan Diac Extrusion dan Disc Sequestration,kesakitan yang tidak mampu ditahan lagi dan boleh menyebabkan kekebasan dan hilang kekuatan bagi menggerakkan sendi pada salah satu atau kedua belah kaki.
Perlukah MRI?
Imbasan X-ray akan dilakukan terlebih dahulu bagi melihat struktur tulang belakang pesakit.
Jika terdapat simptom dan tanda tekanan pada saraf iaitu lemah oto,kebas atau tidak dapat kawal kencing dan pembuangan air besar, MRI (Magnetic Resonance Imaging) akan dilakukan bagi diagnolisis.

APAKAH KEMUNGKINAN LAIN PENYEBAB SLIPPED DISC?
Terdapat kemungkinan lain yang boleh menyebabkan Prolapsed Disc.
  1. Kerosakkan sendi facet pada tulang belakang (Facet Arthropathy).
  2. Kerosakkan atau koyakn disc (Discogenic Back Pain).
  3. Ketegangan otot lumbar (Lumbar Muscles Pain).
  4. Kanser Tulang.
  5. Jangkitan kuman pada tulang belakang (Pgogenic or Tuberculous Infection).
  6. Perubahan pada tulang akibat penuaan atau kecederaan (Lumbar Spondylosis).
  7. Tulang rapuh.
  8. Jangkitan pada saluran kencing (Urinary Treat Infection).
  9. Batu karang pada ginjal atau pundi hempedu (Renal Stone or Gall Stone.
Anda perlu berjumpa doktor bagi memastikan punca sebenar anda mengalami sakit belakang ini.
Dan seterusnya akan didiagnosis oleh doktor terlebih dahulu serta diberi rawatan yang tepat.

RAWATAN
Peringkat awal 
  • Kes Disc Protrusion dimana disc terkeluar tak terlalu teruk.
  • Dirawat dan menjaga bahagian belakang iaitu dengan cara menggunakan postur badan yang betul dan elakkan diri daripada angkat benda berat.
  • Postur badan selalu membongkok akan mengakibatkan disc makin tertonjol kebelakang dan menekan saraf.
2. Pesakit diberikan ubat penahan sakit dan ubat anti radang bagi mengurangkan kesakitan.

3. Fisioterapi termasuk menggunakan kaedah haba (heat theraphy) dan ultrasound boleh membantu.

4. Pembedahan 
  • Slip Disc agak serius dan menekan saraf.
  • Ini menyebabkan kaki menjadi kebas.
  • Kadangkala fisioterapi tidak lagi berkesan dan memerlukan pembedahan bagi membebaskan saraf yang tertekan.
  • 10% daripada pesakit ini memerlukan pembedahan.
  • Ia melibatkan pembuangan disc yang menekan saraf.
  • Kaedah ini dilakukan dengan menggunakan kamera X-ray khas (Image Intensifier) di bilik bedah.
  • Teknik terkini ini melibatkan tekanan yang kecil dan menggunakan kamera dan alat khusus untuk membuang disc yang bermasalah.
SUPPLEMENT UNTUK SLIPPED DISC
Sememangnya kita ingin mengelakkan daipada menjadi lebih teruk.Paling penting semahunya mengelakkan pembedahan seandainya keadaan cakera terhimpit teruk.
Jadi pengambilan supplement dan fisioterapi WAJIBLAH KONSISTEN.
Bagi membantu dan melegakan tekanan pada saraf belakang dan menguatkan tulang daripada lemah dan kebas.

VIVIX  : 


  • Bentuk cecair pekat merah yang tinggi kandungan antioksidan yang membantu untuk membaiki menguatkan sel-sel lemah disebabkan kebas.
  • Membantu pengaliran darah dan oksigen ke bahagian slipped disc atau dislocated disc.
OSTEMATRIX :

  • Mengandungi kalsium,magnesium da juga vitamin D untuk penyerapan kedalam sendi dan tulang.
  • Ada mineral yang ditabletkan juga keperluan tulang.
OMEGA GUARD  :

  • Mengandungi Omega-3 yang sangat bagus untuk kurangkan sel kita yang bengkak dan inflasi akibat sakit sendi.
  • Bertindak sebagai pelincir pada bahagian sendi kita.
Bagi konsultasi dan info tentang pengambilan supplement Shaklee ini,
boleh lah contact Ain.

Whats app : www.wasap.my/60124196424
FB : Ain Hassan
Instagram : Ain Hassan
COD : Area Sg.Petani.Bedong,Gurun,Guar Chempedak dan Yan
Pos : Seluruh Malaysia









No comments:

Post a Comment