Friday 27 July 2018

Wajah Kembali Muda 10 Tahun Dengan Hanya 6 Langkah Mudah

Wajah yang berseri-seri,bercahaya dan glowing menjadi idaman setiap insan yang bernama wanita.
     Sudah semestinya wajah yang anggun ni membuatkan kita lebih yakin dan bersemangat.Kalau kita ni baru 40an tapi dah nampak macam 50an mesti sedih kan..Runsing saja hari-hari.

Bagi yang bersuami pasti lagi kurang keyakinan berdepan suami kan...Mula timbul rasa risau kan.Nanti suami pandang perempuan lain pula kan?
        
TANDA-TANDA KULIT KUSAM
  1. Wajah tampak kurang ceria,berumur dari usia sebenar.
  2. Garis-garis halus pada wajah mula muncul.
  3. Mata seperti "Mata Panda" iaitu lingkaran gelap bawah mata.

  4. Kulit wajah berminyak.
  5. Jerawat kecil dan bintik-bintik muncul.
Adakah pada wajah anda terdapat tanda-tanda diatas?
Jika YA, anda harus baca sehingga habis.

PENYEBAB KULIT KUSAM
  1. Kulit yang kering dan dihidrasi menyebabkan wajah kita tak lagi bercahaya dan menyebabkan garis halus pada wajah lebih jelas.Dan mempengaruhi tona kulit kita yang akan menjadi tidak sekata.
  2. Terkumpulnya sel kulit mati.
  3. Faktor umur atau penuan dimana pertumbuhan sel baru menjadi perlahan dan menimbulkan sunburn yang jelas,kekedutan dan juga kesan sinaran UV.
  4. Diet pemakanan yang tidak sihat menjadi salah satu punca kulit kusam ini.Pengambilan cafe dan gula berlebihan dan alkhohol menyebabkan kulit menjadi semakin teruk.

  5. Kehidupan harian kita juga menjadi penyumbang kepada kulit kusam ini.Apabila kita kerap stress wajah kita menjadi kurang sihat.

PENYELESAIANNYA
Apabila anda sudah tahu tanda-tanda dan penyebabnya,tak kan nak duduk diam lagi kan?
Nanti bertambah stres memikirkannya dan jadi semakin teruk wajah kita.
Bertindaklah sekarang...
     
       Orang kata wanita ni tak akan berkompromi apabila melibatkan kecantikkan kulit wajah.Sanggup berhabis untuk tampak lebih cantik dan semestinya membuatkan kita lebih bersemangat dan berkeyakinan.

Berhabis pada sesuatu produk yang hanya memberikan wajah anda menjadi semakin teruk atau menimbulkan masalah yang lain pada kulit anda adakah anda rasa berbaloi???

Shaklee telah menjalankan kajian selama 8 tahun keatas produk skincare ini.
Tanpa memasukkan unsur racun berbahaya dan seterusnya bebas daripada 1500 racun berbahaya itu.Dengan prinsip bebas paraben dan merkuri.
YOUTH SKINCARE yang telah dilancarkan pada Mei tahun ini amatlah sesuai untuk kulit wajah anda.
Anda tak perlu lagi risau kesannya.
Yang akan anda dapat nanti kulit wajah lebih berseri,bercahaya dan lebih sihat.

6 LANGKAH MUDAH
1) Luminous Gel Oil Cleanser


  • Tidak berbuih sebab bukan sabun sebaliknya gel.
  • pH seimbang tanpa sabun.
  • Berfungsi membersih dengan lembut.
  • Dihasilkan daripada gabungan vitamin dan politenal yang dipaternkan dengan alga menjalankan proses pengelupasan,pembersihan dan penyedian kulit.
2) Perfecting Skin Toner


  • Berfungsi mengelupas,menghidrat  dan menyuburkan kulit wajah kita.
  • Mengembalikan kesegaran kulit wajah.
  • Membebaskan kulit kita daripada sel-sel kusam dan pencemaran alam sekitar.
  • Ia dihasilkan daripada campuran vitamin,politenol dan tumbuhan botani.
3) Youth Activating Serum


  • Serum yang mempunyai Teknologi yang telah dipaternkan iaitu Kompleks Pengaktifan Belia Shaklee.
  • Mengandungi 10 kali bahan aktif untuk memperbaharui kulit.
  • Kulit kita menyokong pengeluaran kolagen dan menjadikan sel-sel berfungsi lebih muda.
4) Age Defance Mineral Moisturizer SPF 39


  • Krim pelembab ini bertindak 2 dalam 1.Ia menghasilkan perlindungan SPF 30 UVA/UVB matahari dan alam sekitar.
  • Penghasilan tanpa mengunakan bahan kimia.
  • Sumbernya adalah daripada bahan semulajadi biopolimer dari hidupan laut.
5) Advanced Renewal Night Cream-Light


  • Menghidratkan dan melembutkan kulit hingga jauh kedalam kulit.
  • Bertindak menyokong pembaharuan kulit semasa tidur.
  • Dengan adunan ramuan botani proprietori shaklee dapat membantu pengeluaran kolagendan elastin untuk menjadikan kulit lebih mudadan licin serta lebih bercahaya.
6) Radiance C+E Capsules


  • Mengandungi 20% vitamin C tulen berfungsi mematikan sinaran dan kulit semakin sihat.
  • Mampu mengurangkan bintik-bintik pada kulit yg disebabkan faktor penuan.
  • Melicinkan tekstur kulit dan mencerahkan kulit.
  • Penggunaan kapsul berasaskan tumbuhan biodegradable dan tidak menggunakan sebarang pengawet.
KAJIAN PENYELIDIKAN KLINIKAL DAN SAINTIFIK
Betul ke Youth Skincare ni boleh membuatkan si pemakai tampak 10 tahun lebih muda dari umur anda???
      
  Semua produk shaklee akan melalui kajian terperinci.
Skin Age Index atau Indeks usia kulit digunakan oleh pakar-pakar kelas dunia dalam kajian dalam mengukur keremajaan kulit.

Aspek utama yang diukur adalah :
  1. Kedutan
  2. Tona kulit
  3. Ketegangan 
  4. Tekstur


Testimoni
Ada yang masih lagi meragui tentang keberkesanan Youth Skincare ni??

Youth Skincare telah diuji keatas benerapa orang dan ia menunjukkan hasil yang begitu baik dan hasil yang ditunggu-tunggu dan menjadi harapan setiap wanita.














Dapatkan Set Youth Skincare anda disini...
Solusinya telah ditemui....
Atasi masalah kulit kusam tidak bermaya anda dengan segera...
Pasti anda akan berpuas hati denga kesannya...



Untuk dapatkan Youth Skincare by Shaklee ni,hubungi Ain...
Ain sedia membantu anda...

call/sms :  +60124196424
whats app : www.wasap.my/60124196424
COD  : Seluruh kawasan Sg Petani dan berdekatan,Gurun,Guar Chempedak dan Yan
POS   : Seluruh Malaysia




Tuesday 24 July 2018

Pengalaman Mengajar

LATAR BELAKANG 
Ain berasal dari sebuah kampung dalam daerah Yan,Kampung Batu 22.
Ain anak sulung kepada isteri ke 2 arwah abah Ain.Isteri pertama arwah abah meninggal kerana sakit dan ada 6 orang anak perempuan.Kira kakak sebapa Ain la.

Ain dibesarkan dalam latar belakang keluarga berbisnes.Arwah abah ain seorang kontraktor.Ain selalu juga la ikut arwah abah pergi site dan meeting walaupun masa Ain baru darjah 2 saja..mesti orang kata apa la yang Ain reti waktu tu kan..haha..
Tapi apabila negara kita mengalami kegawatan ekonomi tak silap Ain tahun 1998,syarikat arwah abah jatuh bankrupt.
Memangdangkan arwah abah dah berusia tak mampu nak bekerja berat lagi,emak ambil alih tanggung jawab sebagai ketua keluarga.Emak pula tak belajar tak sekolah apa saja la yang emak boleh kerja.Jadi emak ambil rempah masakkan dan kuih-kuih kering dari orang dan jual dari rumah ke rumah.Emak tak boleh drive kereta atau bawa motosikal.So,emak berjalan dari rumah ke rumah.
Ain pula habis sekolah tak ada kelas agama petang Ain akan terus ikut mak berniaga sebab mak Ain kan tak berapa pandai mengira dan membaca.Ain jadi macam peneman la.Tapi dari situ juga Ain belajar sikit-sikit berbisnes.




Ain berkahwin pada umur yang agak muda.Bila dah kahwin tinggal dengan mak mertua.Masa tu mak mertua buka kedai makan.Ain tolong mak mentua berniaga kedai makan.Bisnes lagi kan.....
Belajar lagi selok belok bisnes..
5 tahun juga Ain tolong mak mertua berniaga sampai Ain dan suami ambil keputusan pindah rumah.Sebab tempat kerja suami agak jauh dari kampung.

Tahun pertama pindah rumah Ain diberi rezeki bekerja sebagai kerani.2 tahun juga la kerja..Sampai 1 masa Ain dapat peluang buka carwash.Tapi menyewa la...
Best tau jadi bos sendiri ni..haha...
Bisnes apa tak ada dugaan kan..
Masalah pekerja mula melanda.Pekerja masuk dan berhenti.Mungkin sebab tak tahan kerja teruk kot..
Jadi nak tak nak Ain kena la basuh kereta sendiri..bukan kereta saja tau lori pun ada juga..nasib tak bas kan..kalau tak patah 18 la Ain kan..Tak percaya ke? Eh realiti..betul tau..
Ini laa dinamakan pengalaman..
Tengah rezeki melimpah,tiba-tiba diduga..tuan tanah Ain sewa kedai nak ambil balik tanah dan tapak tu dan tak mahu lagi sambung kontrak..



Dari situ satu persatu bisnes Ain cuba lagi..
Dari berniaga nasi lemak tepi jalan hingga Ain dapat 1 kedai makan..



Alhamdulilah permulaan agak baik..
Namun adat la berbisnes,ada jatuh bangun.Kali ni nasib kurang menyebelahi dan mungkin Ain masih "budak-budak".....
Ain cuba lagi bisnes lain.Ain iku seorang kenalan berbisnes tudung.Tapi sekali lagi nasib tak baik,habis modal Ain.....Memang down sangat-sangat.

Ain give up berbisnes lagi.Ain cari kerja dan dapat sebagai kerani di sebuah kilang.3 tahun dah disini.

Bagaimana Terjebak Shaklee
Setelah 3 tahun hati Ain berminat untuk berbisnes balik.
Untuk joint Shaklee ni hampir 7 tahun juga "bereksperimen".
Tengok kak ipar Ain berbisnes.Tengok cara beliau,tengok gaya hidup beliau.Sampai satu masa beliau resign dari kerja...
Tau apa kerja beliau?? Engineer hakak-hakak oiii...Time tu Ain kata ni semua kerja gila..
Bagi orang kampung macam Ain ni, engineer tu kerja besar laa...
Dari situ Ain "kaji" lagi mendalam..Apa sebenarnya yang ada dalam Shaklee ni sampai sanggup seorang engineer berhenti kerja...


KENAPA NAK BERBISNES SHAKLEE
Setelah "dikaji"  Ain terus tanya kak ipar  Ain nak joint  Shaklee.
Kenapa Ain nak "joint" Shaklee??
  1. Ain nak cari side income.
  2. Nak bantu suami.
  3. Ain niat nak bagi mak kat kampung duit setiap bulan.Sekarang bagi juga tapi tak bole nak konsisten setiap bulan laa..
  4. Ain nak makan sendiri.Nak "melawa" la juga dan nak jaga kesihatan.

  5. Ain nak bantu sebarkan khasiat dan kebaikkan Shaklee kepada orang,kawan-kawan,saudara mara untuk sihat.
  6. Ain juga nak bagi mak supplement ni.Mak juga perlu sihat.Mak pun dah berumur.Harapkan gaji setiap bulan tak berapa cukup kan.
APA DAPAT DALAM SHAKLEE
Walaupun Ain baru ja joint tapi feedback  memang amat baik.
Leader-leader hebat banyak guide dan coaching tanpa jemu.
Banyak bagi semangat.
Team work yang bestttt..

Ada yang teringin nak joint Ain berbisness?
Atau ada yang nak cuba kebaikan dan khasiat Shaklee ni??
Ataupun perlukan konsultasi kesihatan berkenaan Shaklee???



Contact la Ain.Ain akan cuba bantu anda...

www.wasap.my/60124196424
COD : Kawasan Sg.Petani dan berdekatan.
POS : Seluruh Malaysia
 

Monday 23 July 2018

Masalah Gastrik Dan Gastritis

GASTRIK
Selalu kita dengar bila ada di kalangan kita merungut sakit perut dan perut berangin.
Ain sendiri juga penghidap gastrik yang agak teruk.Tapi Alhamdulilah bulan Ramadhan lepas Ain boleh puasa penuh (kecuali cuti umum wanita laa..hihi).Nak tau apa yang membantu Ain mampu berpuasa penuh??
Baca sampai habis dulu yeee..




Gastrik adalah penyakit atau gejala perut yang menyebabkan kita berasa tidak selesa.Juga lebih dikenali sebagai angin .
Gastrik : Adalah organ perut
Gastritis : Merujuk kepada keradangan dalam perut.

Gastrik terdapat dalam 3 jenis.
  1. Gastrik Ringan : Inframasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut bersentuhan dgn makanan.
  2. Gastrik Berat : Apabila berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
  3. Ulser Gastrik (Peptic ulser) : Keadaan ini berlaku apabila ulser perut mengalami luka terbuka dan akan berlaku pendarahan yang boleh dikesan melalui muntah atau najis.



Secara semulajadi, sel perut kita menghasilkan asid hidrolik(dengan pH 1-pH 2) dimana ia berfungsi dalam proses pencernaan makanan.
  • Asid ini agak kuat dan jika terkena tangan,kulit kita akan terkakis.
  • Dengan itu mukosa (lapisan pertahanan) dihasilkan oleh sel perut bagi melindungi daripada tindakan asid hidrolik.
  • Dengan adanya makanan,pengeluaran atau rembesan asid hidrolik akan berlaku.Namun jika tiada makanan maka akan terjadinya gastritis.
  • Antara rembesan asid (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah) memerlukan keseimbangan kerana ia akan menyumbang kepada berlakunya ulser.Ia terjadi kerana asid hidrolik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan.
TANDA-TANDA ATAU SIMPTOM 
  1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen.
  2. Rasa senak berangin atau pedih.
  3. Rasa tak selesa dan kembung.
  4. Sendawa berulang kali.
  5. Kerap kentut selepas makan.
  6. Rasa mual atau loya dan muntah.
  7. Berat badan menurun (peringkat kronik)
  8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik).
  9. Hilang selera makan.
  10. Jika teruk,asid boleh naik ke bahagian atas iaitu esofagus dan akan membuatkan kita sesak nafas.

2 PUNCA UTAMA GASTRITIS
  1. Bakteria helicobacter pylori : Bertindak merosakkan lapisan yang melindungi dinding perut.
  2. Ubat tahan sakit jenis NSAIDS (Non Steroidal anti-inflammatory drug) : Contoh ubat ~Aspirin,ibuproten,voltaren dan porstar.
PENYEBAB LAIN GRATRITIS
  1. Pengambilan aklhohol
  2. Keracunan makanan
  3. Merokok
  4. Stress
  5. Alahan pada makanan
RAWATAN
  • Bagi mereka yang mempunyai tanda gastritis, doktor akan nasihatkan pesakit untuk elak makanan yang berasid dan juga makanan panas yang mana boleh menyebabkan keradangan dan hakisan pada dinding perut.
  • Mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap.Fungsinya adah sebagai pelapik kepada dinding perut supaya asid yang dihasillan oleh perut hanya digunakan untuk melerai makanan.
  • Elakkan pengambilan alkhohol yang menyebabkan keradangan teruk.
  • Berhenti merokok dimana merokok hanya akan meningkatkan risiko kanser motor,esofagus dan perut.
  • Kurangkan stres.
UBAT-UBATAN 
  1. Antasid : Ubat ini bersifat alkali.Fungsinya untuk menuetralkan asid dalam perut.Contoh ubat~Magnesium tricylicate.
  2. H2 Blocker : Berfungsi merencatkan reseptor H2 supaya perut menghasilkan asid dengan banyak.Contoh ubat~Cimetidine,Ranitidine.
  3. Proton pun inhibitor : Berfungsi merencat pum proton yang berfungsi untuk menghasilkan keadaan asid dalam perut.Contoh ubat : Omeprazole,Pantoprazole,Esomeprazole.
  4. Antibiotik : Digunakan jika pesakit ada jangkitan bakteria H.Pylori.

MAKANAN  YANG DISYORKAN
Terdapat 2 makanan spesifik yang mampu membantu merawat penyakit gastritis.
  1. Brocoli : Mengikut kajian yang diterbitkan dalam jurnal "Cancer Prevention Research" pada tahun 2009, kandungan dalam brocoli iaitu Glu Coraphanin (yang akan menghasilkan sulfpraphane) mampu membunuh H.pori didalam perut. Kajian ini melibatkan 50 orang peserta yang mempunyai masalah jangkitan H.pylori dan keradangan dalam perut.Brocoli ini mampu mengurangkan keradangan perut dan kebolehannya membunuh bakteria H.pylori.
  2. Yogurt : Ini juga telah dibuktikan dengan kajian yang telah dilakukan pada tahun 2006 melibatkan 130 orang peserta yang positif jangkitan H.pylori yang tidak terkesan apabila diberi antibiotik (antibiotik resistance).Manakala keputusannya menunjukkan yogurt mampu mengurangkan jangkitan bakteria H.pylori walaupun bakteria tersebut mempunyai kerintangan pada antibiotik.
Terdapat juga makanan lain yang boleh mengurangkan gastritis.
Antaranya :
  1. Epal
  2. Saleri
  3. Betik 
  4. Minyak zaitun
  5. Madu

Selain daripada mengamalkan gaya pemakanan yang teratur dan sihat,
gaya kehidupan yang kurang tekanan juga boleh membantu masalah gastrik kita.
Pemilihan supplement yang sesuai dan berkesan mampu menyokong dalam pemulihan masalah gastrik atau gastritis kita.
Masalah gastrik ni juga agak sensitif jika tersalah pilih supplement atau vitamin yang mungkin akan membuat masalah ini menjadi semakin teruk.

Dengan bantuan "penyokong" setia daripada shaklee ini, kita boleh menjalani kehidupan harian tanpa merasa sakit dan berangin lagi.



Kepada yang ingin mencuba boleh dapatkan dengan Ain.

www.wasap.my/60124196424
call/sms : +6 0124196424
COD : Kawasan Sg Petani,Sg Lalang, Bedong, Gurun, Guar Chempedak dan Yan.
(Bagi kawasan Alor Setar boleh dipertimbangkan)
POS : Seluruh Malaysia.



Saturday 21 July 2018

Buat Penderita Patah Tulang

Patah tulang atau dalam istilah bidang perubatan Fraktur.Ia berlaku apabila sesuatu tulang mengalami keretakan atau kepatahan.Sesuatu tulang itu tidak dapat menahan beban atau tekanan dihadapinya.

JENIS-JENIS PATAH
  1. Patah jenis tertutup : Patah yang berlaku dimana tiada luka atau tulang yang patah itu tidak terdedah kepada udara.
  2. Patah jenis terbuka : Kepatahan jenis ini mempunyai luka dan terdedah kepada udara luar.
  3. Patah penuh : Ia berlaku dimana tulang itu patah kepada dua atau lebih serpihan.
  4. Patah tidak penuh : Keretakan yang berlaku kepada tulang tersebut.
  5. Patah stress : Jenis ini disebabkan oleh pergerakkan yang berulang dimana tulang itu tidak dapat menahan bebanan tersebut (seperti berlari dan kawad).Tulang akan mengalami keretakkan yang amat halus dan tidak dapat di lihat oleh sinar X (X-ray) pada peringkat awal.

PENYEBAB PATAH TULANG
  1. Jatuh dari tempat tinggi.
  2. Jatuh terhempas yang agak kuat.
  3. Kemalangan jalan raya.
  4. Penderaan kanak-kanak.
  5. Aktiviti berulang (berlari atau berkawad)
TANDA-TANDA PATAH TULANG
  1. Kebengkakan dan sakit pada anggota yang terlibat.
  2. Kehilangan fungsi anggota.
  3. Lebam padam kawasan cedera.
  4. Kecacatan pada anggota terlibat.
  5. Kebas.
  6. Kepatahan yang mempunyai luka dan tulang yang terdedah kepada udara.
KENAL PASTI 
  • Dengan mengambil sejarah penderita patah tulang dengan teliti dan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh.
  • Melakukan sinar X (X-ray).
  • Pemeriksaan radiologi tang khas seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI).
  • Ct scan dilakukan bagi mengenal pasti patah ditempat tertentu seperti tulang belakang atau sendi tulang pinggul.

RAWATAN 
Terdapat pelbagai kaedah rawatan untuk penderita patah tulang ini.Ia bergantung kepada jenis-jenis dan tempat tulang yang patah tersebut.

  1. Rawatan Awal immobilisasi : Dengan menggantung anggota yang patah dan seterusnya mengurangkan kesakitan dan pembekakan.
  2. Rawatan Konservatif : Dengan menarik tulang kepada posisi normal dan menggunakan simen untuk memegang patah tersebut.
  3. Rawatan Pembedahan : Ini melibatkan tulang yang tidak boleh diaambung dengan sempurna.Ia melibatkan sendi dan mempunyai luka pada tempat patah tersebut.
KOMPLIKASI RAWATAN KAEDAH PEMBEDAHAN.
Terdapat beberapa komplikasi jika kaedah pembedahan dijalankan.Seperti kecederaan pada urat saraf,jangkitan kuman atau komplikasi dari anethesia.

Juga terdapat beberapa komplikasi spesifik.Antaranya :
  1. Delay Union - Waktu untuk pulih akan mengambil masa yang agak lama.
  2. Non Union - Tulang yang patah  tidak dapat pulih mengikut aggaran waktu yang ditetapkan.
  3. Mal Union - Ia akan pulih namun begitu tidak akan kembali kepada posisi asal.
Pakar Ortopedik akan berbincang terlebih dahulu dengan pesakit tentang rawatan dan komplikasi keatas mereka.

FISIOTERAPI REHABILITASI
Ini adalah satu kaedah yang sangat penting dalam proses penyembuhan patah tulang.Ini bagi mengekalkan fungsi otot dan tulang yang terlibat semasa proses pemulihan.



MAKANAN YANG BAIK UNTUK PEMULIHAN
  1. Makanan yang tinggi kalsium : Kalsium adalah mineral utama dalam tulang.Contoh; rumpai laut,sayuran berdaun hijau,salmon dan produk tenusu seperti yogurt dalam diet harian.
  2. Makanan kaya vitamin K : Brokoli bayam dan sayuran lainyang tinggi vitamin K1.Produk tenusu mentah selerti keju dan fetir mengandungi vitamin K2 yang tinggi dan diperlukan untuk pembekuan darah dan pembentukan tulang.

  3. Protein tanpa lemak : Tanpa protein tubuh kita tidak boleh membina semula tisu yang hilang.Ikan atau daging lembu (yang diberi makan rumput) harus diambil sekurang-kurangnya 4-5oz.

  4. Vitamin C : Dalam penghasilan kolagen iaitu komponen penting kulit dan tisu vitamin C amatlah penting.Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya vitamin C seperti buahan sitrus,paprika,strawberi dan tomato.

  5. Zinc : Ia diperlukan bagi membina semula tulang kerana mempunyai reaksi kimianya tersendiri.
PANTANG DARI SEGI PERUBATAN HOSPITAL DAN KONVENSIOANAL
Seperti wanita berpantang selepas melahirkan anak,penderita patah tulang juga harus berpantang bagi mempercepatkan proses penyembuhan.Tetapi tidak la "sekeras" pantang untuk wanita bersalin.
  1. Tidak boleh berurut atau perbetulkantulang dengan bomoh patah kerana dikhuatiri akan menyebabkan keadaan semakin teruk.
  2. Jangan sesekali menyapu atau memakan supplement berunsur gamat.Gamat sememangnya akan mempercepatkan luka kering dan pertumbuhan tulang.Namun jika berlaku lebihan pertumbuhan akan menyebabkan kulit timbul.
  3. Antibiotik yang dibekalkan doktor haruslah dihabiskan.
  4. Jangan minum air kelapa.Logiknya air kelapa mampu tawarkan kesan ubatan yang diambil.
  5. Jangan makan telur,ayam dan makanan yang mungkin akan mengakibatkan gatal dan nanah.
SUPPLEMENT UNTUK PATAH TULANG
Dalam proses penyembuhan patah tulang,pesakit boleh lah mengambil supplement yang mana akan membantu dan mempercepatkan penyembuhan.
Dengan pengambilan Set Patah Tulang Shaklee,pesakit akan mendapat setiap sumber makanan yang diperlukantersebut. 

ESP ~ sumber protein tanpa lemak yang boleh membekalkan keperluan minima protein orang dewasa setiap hari.
OMEGA GUARD ~ Mengandungi asid lemak Omega -3 tulen yang berpekatan tinggi.
OSTEMATRIX ~ Mempunyai kalsium yang lengkap dengan magnesium vitamin D.Membekalkan 250gm kalsium/magnesium dan mineral lain dalam setiap 1 biji pil.





Untuk mendapatkan SET PATAH TULANG SHAKLEE  ini anda boleh lah hubungi saya segera.
Saya juga akan memberikan konsultasi yang terbaik bagi membantu anda kembali seperti sedia kala.

Call/sms : +60124196424
Whats app :www.wasap.my/60124196424
Facebook : Ain Hassan
Instagram : Ain Hassan

COD   : Kawasan sekitar Sg.Petani,Sg Lalang,Bedong,Gurun,Guar Chempedak dan Yan.
(Bagi kawasan Sg.Limau hingga Alor Setar boleh dipertimbangkan)

POS : Seluruh Malaysia (Pos Laju)



Thursday 19 July 2018

COD Shaklee Sg.Petani Dan Kawasan Sekitarnya

AGEN SHAKLEE SUNGAI PETANI-Ready Stok

Khas buat orang Sg.Petani,Sg.Lalang,Bedong,Gurun,Guar Chempedak dan Yan berminat dengan produk Shaklee dan tercari-cari Agen yang sah.

Ada yang pertama kali ingin mencuba?
Atau yang inginkan konsultasi untuk produk Shaklee yang betul?
Dan bagi yang berminat untuk berbisnes?



Boleh lah hubungi saya,Ain.
Ain agen sah rangkaian produk Shaklee untuk kawasan Sg.Petani.
        Nama : Ain Hassan
 Call/SMS/Whatsapp : +6012 4196424
                       
www.wasap.my/60124196424
Facebook  : Ain Hassan
Insyagram : Ain Hassan
Blog          : ainhassansp.blogspot.com




APA ADA PADA PRODUK SHAKLEE DAN KEGUNAANNYA DALAM MEMBANTU MASALAH KESIHATAN ANDA?
  1. Ibu hamil yang bermasalah darah rendah,kencing manis atau ingin lebih bertenaga dan aktif.

  2. Set vitamin berpantang bersalin (Jamu Moden) yang tidak mengganggu Jaundice (Demam Kuning) bayi.Dan bagi ibu bersalin secara caesaran.
  3. Set menyusu badan untuk memperbanyakkan susu atau bertenaga bagi berjaga di waktu malam.

  4. Set penjagaan kulit memberikan kecantikkan,keserian pada wajah yang bebas atau dijamin selamat dan berkesan. Semestinya Youth Skincare yang boleh nampak hasilnya dalam masa 2            minggu pertama.

  5. Kulit yang rosak teruk disebabkan tersalah ambil produk yang tinggi merkuri iaitu Set Radiant 5 (ESP,Vitamin C, GLA,Kolagen dan Coq-Trol plus).

  6. Ataupun ingin dapatkan set kesihatan lain,seperti :
  • Kencing manis
  • Tekanan darah tinggi
  • Vertigo masalah 
  • Masalah buah pinggang
  • Readung yang teruk menyebabkan migrain
Dan pelbagai masalah kesihatan lain yang boleh dibantu atau disokong dengan produk Shaklee.
Kekurangan nutrient dalam badan akan menjadi penyebab kepada punca utama masalah kesihatan kita.

  • Dengan pengambilan dose supplement yang betul secara konsisten dan disokong dengan cara hidup yang lebih sihat salah satu cara kita berikhtiar.
  • Shaklee adalah dijamin selamat dan berkesan untuk digunakan sepanjang hayat.Landmark Study adalah bukti yang mana mampu membuktikan pengguna lebih sihat selepas 20-30tahun amalkan pruduk Shaklee.
Jadi bagi yang berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ini,bolehlah menhubungi Ain.

COD Point :
Kawasan Sg.Petani 
  • Giant
  • Tesco Sg.Petani Selatan
  • Jam Besar
  • Village Mall
Kawasan Sg.Lalang
  • Tmn Aman Suria
  • Tmn Sg Lalang
  • Zon Mawar,Zon Melor,Zon Kenanga
  • Sp Saujana
  • Tmn Bandar Baru
  • Tmn Seri Bayu
Gurun
  • Petronas Gurun
Guar Chempedak
  • Longwan 
Yan 
  • BSN Yan
  • Pekan Sg Yan

Tuesday 17 July 2018

Slipped Disc Penyebab Dan Kesan

APA ITU SLIPPED DISC?
  • Slipped Disc atau Disc tergelincir.
  • Ramai dikalangan kita mengatakan slipped disc berpunca daripada sakit belakang.
  • Sebenarnya slipped disc merujuk kepada bahagian belakang atau kusyen pelapik tulang belakang yang beralih tempat,membonjol ke belakang lantas menekan bahagian saraf tunjang (spinar cord) atau saraf akar (nerve root) tulang belakang pesakit.
  • Istilah dalam perubatan disebut sebagai Prolapsed Intervertebral Disc (PID) atau Herniated Nuclus Pulposus (HNP).
Mengikut statistik sakit belakang amat kerap berlaku hampir 70% manusia biasa akan mengalami sakit belakang pada satu-satu masa kehidupan mereka.
Lebih 50% daripada jumlah itu akan sembuh dalam masa seminggu selepas rawatan.
Manakala 90% lagi akan sembuh dalam jangka masa 1-3 bulan selepas rawatan dan hanya sebahagian daripada mereka  ini mengalami slipped disc.

BAGAIMANA SLIPPED DISC TERJADI?
  • Disc tulang belakang kita terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu Annalus Fibrosus Dan Nucleus Pulposus.
  • Ia berfungsi sebagai pelapik antara ruas tulang belakang (vetebral body).
  • Bertindak sebagai penyerap tekanan serta membenarkan pergerakkan berlaku antara tulang belakang kita.
  • Masalah berlaku apabila struktur Annulus Fibrosus terkoyak dan ini membolehkan Nucleus Pulposus menerobos keluar dan menekan struktur saraf.
Apakah Punca-Punca 
  1. Trauma ~ Pesakit jatuh terduduk atau pernah mengalami kemalangan jalan raya.
  2. Angkat bebanan yang berat ~ Contoh disebabkan pekerjaan atau mendukung anak dalam tempoh yang agak lama.
  3. Tidak menjaga postur belakang semasa duduk atau mengangkat barang.Posisi membongkok akan menyebabkan disc menekan saraf di belakang.
  4. Duduk Yang Terlalu Lama~ Contoh pemandu lori atau bas yang duduk berjam-jam kerana memandu untuk jarak yang agak jauh.
  5. Sukan mengangkat berat.
Majoriti dikalangan pemuda dalam usia lingkungan 20-30an terutamanya yang bekerja sebagai buruh kasar atau selalau angkat bebanan.
Mengikut kajian,individu yang obes dan perokok juga lebih mudah bagi mendapat masalah ini.

TANDA-TANDA 
  1. Rasa sakit belakang yang menjalar ke bahagian belakang punggung,peha dan kadangkala betis.
  2. Bagi kes yang teruk,pesakit akan kehilangan kekuatan pada otot kaki dan mengalami rasa kebas pada sebelah atau kedua-dua kaki.
  3. Pada peringkat serius,pesakit tidak dapat mengawal kencing dan tercirit.Ini disebabkan tekanan pada saraf dan perlu menjalani pembedahan.
PROLAPSED DISC
Disc Protrusion iaitu disc menonjol keluar tetapi belum terkoyak.

Disc Extrusion pula Annulus disc terkoyak,bahagian nukleus terkeluar tetapi masih tidak masuk ke ruang saraf tunjang (spinal conal) kerana dihalang oleh Posterior Longitudinal Ligament.

Disc Sequestration merujuk kepada tisu nukleus pulposus pecah dan masuk kedalam ruang saraf tunjang.

Simptom dan keadaan pesakit bergantung kepada peringkat PID berlaku.
  • Bagi pesakit Disc Protrusion hanya mengalami sakit belakang yang kadang kala menjalar ke kaki.
  • Jika ia melibatkan Diac Extrusion dan Disc Sequestration,kesakitan yang tidak mampu ditahan lagi dan boleh menyebabkan kekebasan dan hilang kekuatan bagi menggerakkan sendi pada salah satu atau kedua belah kaki.
Perlukah MRI?
Imbasan X-ray akan dilakukan terlebih dahulu bagi melihat struktur tulang belakang pesakit.
Jika terdapat simptom dan tanda tekanan pada saraf iaitu lemah oto,kebas atau tidak dapat kawal kencing dan pembuangan air besar, MRI (Magnetic Resonance Imaging) akan dilakukan bagi diagnolisis.

APAKAH KEMUNGKINAN LAIN PENYEBAB SLIPPED DISC?
Terdapat kemungkinan lain yang boleh menyebabkan Prolapsed Disc.
  1. Kerosakkan sendi facet pada tulang belakang (Facet Arthropathy).
  2. Kerosakkan atau koyakn disc (Discogenic Back Pain).
  3. Ketegangan otot lumbar (Lumbar Muscles Pain).
  4. Kanser Tulang.
  5. Jangkitan kuman pada tulang belakang (Pgogenic or Tuberculous Infection).
  6. Perubahan pada tulang akibat penuaan atau kecederaan (Lumbar Spondylosis).
  7. Tulang rapuh.
  8. Jangkitan pada saluran kencing (Urinary Treat Infection).
  9. Batu karang pada ginjal atau pundi hempedu (Renal Stone or Gall Stone.
Anda perlu berjumpa doktor bagi memastikan punca sebenar anda mengalami sakit belakang ini.
Dan seterusnya akan didiagnosis oleh doktor terlebih dahulu serta diberi rawatan yang tepat.

RAWATAN
Peringkat awal 
  • Kes Disc Protrusion dimana disc terkeluar tak terlalu teruk.
  • Dirawat dan menjaga bahagian belakang iaitu dengan cara menggunakan postur badan yang betul dan elakkan diri daripada angkat benda berat.
  • Postur badan selalu membongkok akan mengakibatkan disc makin tertonjol kebelakang dan menekan saraf.
2. Pesakit diberikan ubat penahan sakit dan ubat anti radang bagi mengurangkan kesakitan.

3. Fisioterapi termasuk menggunakan kaedah haba (heat theraphy) dan ultrasound boleh membantu.

4. Pembedahan 
  • Slip Disc agak serius dan menekan saraf.
  • Ini menyebabkan kaki menjadi kebas.
  • Kadangkala fisioterapi tidak lagi berkesan dan memerlukan pembedahan bagi membebaskan saraf yang tertekan.
  • 10% daripada pesakit ini memerlukan pembedahan.
  • Ia melibatkan pembuangan disc yang menekan saraf.
  • Kaedah ini dilakukan dengan menggunakan kamera X-ray khas (Image Intensifier) di bilik bedah.
  • Teknik terkini ini melibatkan tekanan yang kecil dan menggunakan kamera dan alat khusus untuk membuang disc yang bermasalah.
SUPPLEMENT UNTUK SLIPPED DISC
Sememangnya kita ingin mengelakkan daipada menjadi lebih teruk.Paling penting semahunya mengelakkan pembedahan seandainya keadaan cakera terhimpit teruk.
Jadi pengambilan supplement dan fisioterapi WAJIBLAH KONSISTEN.
Bagi membantu dan melegakan tekanan pada saraf belakang dan menguatkan tulang daripada lemah dan kebas.

VIVIX  : 


  • Bentuk cecair pekat merah yang tinggi kandungan antioksidan yang membantu untuk membaiki menguatkan sel-sel lemah disebabkan kebas.
  • Membantu pengaliran darah dan oksigen ke bahagian slipped disc atau dislocated disc.
OSTEMATRIX :

  • Mengandungi kalsium,magnesium da juga vitamin D untuk penyerapan kedalam sendi dan tulang.
  • Ada mineral yang ditabletkan juga keperluan tulang.
OMEGA GUARD  :

  • Mengandungi Omega-3 yang sangat bagus untuk kurangkan sel kita yang bengkak dan inflasi akibat sakit sendi.
  • Bertindak sebagai pelincir pada bahagian sendi kita.
Bagi konsultasi dan info tentang pengambilan supplement Shaklee ini,
boleh lah contact Ain.

Whats app : www.wasap.my/60124196424
FB : Ain Hassan
Instagram : Ain Hassan
COD : Area Sg.Petani.Bedong,Gurun,Guar Chempedak dan Yan
Pos : Seluruh Malaysia









Fasa Berpantang Untuk Ibu Bersalin






KEPENTINGAN BERPANTANG
Berpantang selepas melahirkan anak adalah satu fasa yang agak sukar bagi ibu-ibu bersalin samada melahirkan anak secara normal atau pembedahan.
Beepantang ini tidaklah hanya tertimpu kepada sajian makanan serta minuman semata-mata.
Ia merangkumi hubungan seks,aktiviti harian seperti amalam mandi dan berurut.
Ini merupakan fasa atau tempoh berehat serta proses baik pulih tubuh badan seseorang wanita.Seterusnya bagi memastikan luka episiotomi atau jahitan pembedahan caesaran(pembedahan bersalin) yang dijalani akan sembuh sepenuhnya.
Jadi ia memerlukan tempoh yang agak lama bagi mengatasi trauma tersebut.


PEMAKANAN
Dari segi pemakanan , kita banyak mengikut kepercayaan orang tua-tua turun temurun yang mana ada juga relevannya.
Antaranya termasuk sayuran yang diklasifikasikan sebagai sayuran "sejuk" sepertu bayam,kangkung,pucuk paku serta jenis ikan yang boleh myebabkan  "gatal" seperti kembong,ikan tongkol dan cencaru.
Dalam tempoh berpantang ini tidak digalakkan mengambil makanan atau sajian yang pedas kerana dikhuatiri akan disalurkan melalui susu ibu kepada bayi.


KEKURANGAN AIR
Kebanyakkan wanita khususnya Melayu juga kurang meminum air walaupun dari segi perubatan amalan ini membawa kepada kesan negatifnya.
Komplikasi yang sering terjadi akibat amalan ini ialah sembelit,dihidrasi (kekurangan air).
Penghasilan susu badan juga akan terjejas akibat kekurangan air.

Dari segi perubatan moden ibu berpantang adalah sangat-sangat digalakkan  meminum air masak atau air suam 12 cawan sehari berikitan kehilangan banyak bendalir dalam badan semasa proses kelahiran bayi,pengeluaran darah nifas dan penyediaan bagi penyusuan.

Namun begitu,minuman berais dan bergas adalah tidak digalakkan erti kata lain "diharamkan"untuk tempoh berpantang ini.




PERUBAHAN MENTAL
Selain daripada perubahan fizikal atau jasmani yang berlaku pada wanita ,perubahan mental dan emoai juga akan berlaku.
Wanita yang hamil dan melahirkan anak akan mengalami tekanan jiwa yang berat kerana kedua-dua proses tersebut dianggap faktor yang menekan.
Sesetengah wanita mengalami tekanan jiwa yang  begitu kuat sehigga mereka mengalami kemurungan.
Malah sesetengahnya pula mengalami jiwa yang terganggu (psychosis) selpas melahirkan anak.





MENGGANGGU HUBUNGAN SEKS
Kehamilan juga  akan membuatkan perubahan fizikal isteri dimana mungkin akan menyukarkan hubungan seks atau mengurangkan keselesaan.
Selepas kelahiran hubungan seks tidak digalakkan sementara waktu.
Waktu pueperium atau waktu pantang biasanya 42 hari dianggap tempoh pemulihan daripada semua gejala kecederaan,tekanan jiwa,mental serta fungsi kewanitaan.
Dalam tempoh ini,rahum akan menguncup kepada saiz kecil seperti sediakala iaitu proses involution.

VITAMIN UNTUK KEMBALIKAN TENAGA IBU BERPANTANG DAN PENGHASILAN
SUSU
Seperti yang kita tahu,dalam tempoh berpantang ini gaya pemakanan kita dihadkan.
Badan kita mungkin tak dapat nutrisi secukupnya untuk tenaga dan penghasilan susu ibu.
Bantuan vitamin atau supplement sangat-sangat penting bagi mengembalikan tenaga dan "memeriahkan" susu ibu.


SET BERPANTANG SHAKLEE PILIHAN RAMAI IBU-IBU DI MALAYSIA❗




.
Apa yang BEST sangat dengan Set Berpantang Shaklee ni👇👇
.
▶ESP- Membantu menguatkan rahim, sebagai milk booster, kulit cantik, bagi tenaga, hilangkan stretch mark, kawal selera makan
.
▶ VIT C - Mempercepat dan menyembuhkan luka bersalin. Bersalin secara normal mahupun operation, Vit C highly recommended tau. Menguatkan sistem imun agar tak mudah dijangkiti penyakit, untuk baby juga dapat disalurkan melalui susu badan, juga untuk kulit cerah gebu halus mulus
.
▶ OSTEMATRIX: Calcium supply, milk booster, lawas, elakkan sakit kaki, lutut, pinggang cramp. Menggantikan kalsium ibu yg menyusukan kerana kalsium menghalang pembentukan darah beku pada saluran darah ketika banyak terbaring. Mengatasi masalah sembelit .
.
▶ ALFALFA: Buang angin dlm badan, lawas, detox, milk booster, mengetatkan kembali miss V, atasi masalah keputihan. Mengatasi masalah sembelit.
.
▶ B COMPEX: Mengelakkan masalah stress dan meroyan ibu berpantang
.
▶ VITA LEA: Multivitamin yg mempunyai nutrisi utk menangani masalah kurang selesa,tekanan darah rendah, letih & memberi tenaga segera.pelengkap nutrisi, untuk kesihatan dan kecantikan keseluruhan
.


www.wasap.my/60124196424

.