Monday 23 July 2018

Masalah Gastrik Dan Gastritis

GASTRIK
Selalu kita dengar bila ada di kalangan kita merungut sakit perut dan perut berangin.
Ain sendiri juga penghidap gastrik yang agak teruk.Tapi Alhamdulilah bulan Ramadhan lepas Ain boleh puasa penuh (kecuali cuti umum wanita laa..hihi).Nak tau apa yang membantu Ain mampu berpuasa penuh??
Baca sampai habis dulu yeee..




Gastrik adalah penyakit atau gejala perut yang menyebabkan kita berasa tidak selesa.Juga lebih dikenali sebagai angin .
Gastrik : Adalah organ perut
Gastritis : Merujuk kepada keradangan dalam perut.

Gastrik terdapat dalam 3 jenis.
  1. Gastrik Ringan : Inframasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut bersentuhan dgn makanan.
  2. Gastrik Berat : Apabila berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
  3. Ulser Gastrik (Peptic ulser) : Keadaan ini berlaku apabila ulser perut mengalami luka terbuka dan akan berlaku pendarahan yang boleh dikesan melalui muntah atau najis.



Secara semulajadi, sel perut kita menghasilkan asid hidrolik(dengan pH 1-pH 2) dimana ia berfungsi dalam proses pencernaan makanan.
  • Asid ini agak kuat dan jika terkena tangan,kulit kita akan terkakis.
  • Dengan itu mukosa (lapisan pertahanan) dihasilkan oleh sel perut bagi melindungi daripada tindakan asid hidrolik.
  • Dengan adanya makanan,pengeluaran atau rembesan asid hidrolik akan berlaku.Namun jika tiada makanan maka akan terjadinya gastritis.
  • Antara rembesan asid (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah) memerlukan keseimbangan kerana ia akan menyumbang kepada berlakunya ulser.Ia terjadi kerana asid hidrolik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan.
TANDA-TANDA ATAU SIMPTOM 
  1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen.
  2. Rasa senak berangin atau pedih.
  3. Rasa tak selesa dan kembung.
  4. Sendawa berulang kali.
  5. Kerap kentut selepas makan.
  6. Rasa mual atau loya dan muntah.
  7. Berat badan menurun (peringkat kronik)
  8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik).
  9. Hilang selera makan.
  10. Jika teruk,asid boleh naik ke bahagian atas iaitu esofagus dan akan membuatkan kita sesak nafas.

2 PUNCA UTAMA GASTRITIS
  1. Bakteria helicobacter pylori : Bertindak merosakkan lapisan yang melindungi dinding perut.
  2. Ubat tahan sakit jenis NSAIDS (Non Steroidal anti-inflammatory drug) : Contoh ubat ~Aspirin,ibuproten,voltaren dan porstar.
PENYEBAB LAIN GRATRITIS
  1. Pengambilan aklhohol
  2. Keracunan makanan
  3. Merokok
  4. Stress
  5. Alahan pada makanan
RAWATAN
  • Bagi mereka yang mempunyai tanda gastritis, doktor akan nasihatkan pesakit untuk elak makanan yang berasid dan juga makanan panas yang mana boleh menyebabkan keradangan dan hakisan pada dinding perut.
  • Mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap.Fungsinya adah sebagai pelapik kepada dinding perut supaya asid yang dihasillan oleh perut hanya digunakan untuk melerai makanan.
  • Elakkan pengambilan alkhohol yang menyebabkan keradangan teruk.
  • Berhenti merokok dimana merokok hanya akan meningkatkan risiko kanser motor,esofagus dan perut.
  • Kurangkan stres.
UBAT-UBATAN 
  1. Antasid : Ubat ini bersifat alkali.Fungsinya untuk menuetralkan asid dalam perut.Contoh ubat~Magnesium tricylicate.
  2. H2 Blocker : Berfungsi merencatkan reseptor H2 supaya perut menghasilkan asid dengan banyak.Contoh ubat~Cimetidine,Ranitidine.
  3. Proton pun inhibitor : Berfungsi merencat pum proton yang berfungsi untuk menghasilkan keadaan asid dalam perut.Contoh ubat : Omeprazole,Pantoprazole,Esomeprazole.
  4. Antibiotik : Digunakan jika pesakit ada jangkitan bakteria H.Pylori.

MAKANAN  YANG DISYORKAN
Terdapat 2 makanan spesifik yang mampu membantu merawat penyakit gastritis.
  1. Brocoli : Mengikut kajian yang diterbitkan dalam jurnal "Cancer Prevention Research" pada tahun 2009, kandungan dalam brocoli iaitu Glu Coraphanin (yang akan menghasilkan sulfpraphane) mampu membunuh H.pori didalam perut. Kajian ini melibatkan 50 orang peserta yang mempunyai masalah jangkitan H.pylori dan keradangan dalam perut.Brocoli ini mampu mengurangkan keradangan perut dan kebolehannya membunuh bakteria H.pylori.
  2. Yogurt : Ini juga telah dibuktikan dengan kajian yang telah dilakukan pada tahun 2006 melibatkan 130 orang peserta yang positif jangkitan H.pylori yang tidak terkesan apabila diberi antibiotik (antibiotik resistance).Manakala keputusannya menunjukkan yogurt mampu mengurangkan jangkitan bakteria H.pylori walaupun bakteria tersebut mempunyai kerintangan pada antibiotik.
Terdapat juga makanan lain yang boleh mengurangkan gastritis.
Antaranya :
  1. Epal
  2. Saleri
  3. Betik 
  4. Minyak zaitun
  5. Madu

Selain daripada mengamalkan gaya pemakanan yang teratur dan sihat,
gaya kehidupan yang kurang tekanan juga boleh membantu masalah gastrik kita.
Pemilihan supplement yang sesuai dan berkesan mampu menyokong dalam pemulihan masalah gastrik atau gastritis kita.
Masalah gastrik ni juga agak sensitif jika tersalah pilih supplement atau vitamin yang mungkin akan membuat masalah ini menjadi semakin teruk.

Dengan bantuan "penyokong" setia daripada shaklee ini, kita boleh menjalani kehidupan harian tanpa merasa sakit dan berangin lagi.



Kepada yang ingin mencuba boleh dapatkan dengan Ain.

www.wasap.my/60124196424
call/sms : +6 0124196424
COD : Kawasan Sg Petani,Sg Lalang, Bedong, Gurun, Guar Chempedak dan Yan.
(Bagi kawasan Alor Setar boleh dipertimbangkan)
POS : Seluruh Malaysia.



No comments:

Post a Comment